Pada 9 Jun 1948, sekolah ini bermula dengan dua bilik darjah sahaja iaitu Darjah 1A dan Darjah 1B. tiga tahun kemudian, ditambah lagi dua darjah untuk darjah 3 dan darjah 4. murid-murid yang berjaya masuk darjah 5 dihantar ke Sekolah Kebangsaan Bagan.
Permulaannya sekolah ini berukuran 24 x 50 kaki persegi. Sehingga awal tahun 1952 sekolah asal terpaksa menampung lima darjah yang disekat dengan skrin kadbod. Pada 26 Februari 1952, bangunan tambahan berukuran 24 x 30 kaki persegi dibina melalui bantuan kerajaan. Menjelang tahun 1975, bangunannya dipanjangkan lagi bagi menampung 188 murid iaitu sehingga Darjah 6.
Pada 1968, Jabatan Kerja Raya daerah Batu Pahat mengisytiharkan bangunan sekolah ini sudah uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Semua murid dipindahkan ke Balai Raya Sekawan Desa. Tahun 1969, sekolah ini musnah terbakar. Pada tahun 1970, kerajaan meluluskan pembinaan sekolah baru di atas tanah baru yang diwakafkan oleh Tuan Haji Md. Zin b. Haji Noor. Sekolah ini siap sepenuhnya pada tahun 1973 dan perasmian dibuat oleh YAB Tan Sri Dato’ Othman b. Haji Saat DK, PMN, SPMJ, BSI, PIS, Menteri Besar Johor pada 14 Julai 1977 bersamaan 27 Rejab 1397.
Pada tahun 1984, sekolah ini mendapat sebuah bangunan kantin dan pada tahun 1993 mendapat peruntukan RM9990.00 untuk bengkel kemahiran hidup. Tahun 1999 menyaksikan pembinaan ‘musolla’ oleh PIBG sekolah ini dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2001. ia menelan belanja kurang lebih RM20,000.00 melalui derma ahli dan orang ramai.
Saya berbangga menjadi salah seorang anak murid sekolah kebangsaan seri sekawan desa.terima kasih saya ucapkan keatas jasa2 para guru yang telah banyak mendidik anak bangsa tanpa mengerti penat lelah supaya anak murid itu menjadi insan yang berguna.
BalasPadam