SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK SERI SEKAWAN DESA.............WELCOME TO SK SERI SEKAWAN DESA OFFICIAL BLOG


Jumaat, 12 Mac 2010

ATLIT SK SERI SEKAWAN DESA

SK Seri Sekawan Desa membawa pulang Piala Pusingan Johan Keseluruhan Perempuan 12 Tahun pada Temasya Balapan dan Padang MPZ Semerah yang pertama kali diadakan.


Antara Piala yang diraih pada Temasya Padang dan Balapan MPZ Semerah



Atlit sekolah tersenyum gembira membawa kemenangan....Tahniah!!!


Atlit perempuan menerima piala kemenangan.


Atlit lelaki menerima piala kemenangan.


Juara dikalangan Juara.


Tetap bersahabat, kalah menang adat pertandingan.


Jurulatih bersama guru khemah bertungkus lumus memastikan atlit sentiasa bersedia


Atlit tidak sabar-sabar untuk memulakan acara walaupun nama belum dipanggil

Ahad, 7 Mac 2010

Jumaat, 5 Mac 2010

TENAGA PENDIDIK


Guru Besar

Encik Mohamed Hassan b. Surif
DGA 34
Subjek diajar: Kajian Tempatan/ Sivik






Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Abdul Samad b. Jamil
DGA 32
Subjek diajar: Sains/ Kemahiran Hidup







Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Noriawati bt. Haji Idris
DGA 32
Subjek diajar: Bahasa Melayu/ Muzik







Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Encik Hatta b. Ismail
DGA 32
Subjek diajar: Matematik/ Kemahiran Hidup







Setiausaha Sukan
Encik Jumain b. Md Salleh
DGA 32
Subjek diajar: Matematik/ Sains







Setiausaha Peperiksaan
/
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Encik Muazam b. Mahbob
DGA 32
Subjek diajar: Bahasa Melayu/

Kemahiran Hidup





Guru Pusat Sumber/
Ketua Panitia Sains

Puan Marsiah bt. Abas
DGA 32
Subjek diajar: Sains/ Bahasa Melayu






Ketua Panitia Matematik
Puan Zamzurina bt. Shuib
DGA 32
Subjek diajar: Matematik







Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Puan Suryati bt. Sahlan
DGA 29
Subjek diajar: Bahasa Inggeris/ Kajian Tempatan







Ketua Panitia Agama Islam
Puan Nolita bt. Rabu
DGA 32
Subjek diajar: Pendidikan Islam








Ketua Panitia Kemahiran Hidup
Puan Nureen Diana bt. Othman
DG 41
Subjek diajar: Bahasa Inggeris/ Kemahiran Hidup





Ketua Panitia Kajian Tempatan
Encik Hasni b. Hasan
DGA 29
Subjek diajar: Bahasa Melayu/ Sains







Ketua Panitia Sivik
Encik Shaiful Muzammil b. Mohibah
DG 41
Subjek diajar: Bahasa Inggeris/ Sains








Ketua Panitia Muzik
Encik Zakir Hussein b. Ses
DGA 32
Subjek diajar: Bahasa Melayu/ Muzik








Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual/
Pra Sekolah

Puan Norliza bt. Talib
DGA 29
Subjek diajar: Pra Sekolah






Guru Pemulihan Khas
Puan Rasidayanti bt. Saion
DC 41
Subjek diajar: Pemulihan Khas

Ahad, 16 Ogos 2009

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Seri Sekawan Desa terletak 14 kilometer dari Bandar Batu Pahat. Pada tahun 1948, penduduk-penduduk Kampung Parit Besar, Parit Samak, Parit Bengkok dan Parit Haji Moin 2 telah bersetuju untuk membina sebuah sekolah khusus bagi anak-anak yang tinggal di kampung-kampung tersebut.

Setelah persetujuan dicapai,dalam satu mesyuarat di antara penduduk kampong dengan pihak Pejabat Pelajaran Batu Pahat, sebuah sekolah mula didirikan secara gotong royong. Wang sumbangan yang diperolehi hasil derma sebuah rumah lama di Kampung Parit Bengkok, Bagan. Kayu-kayu rumah tersebut digunakan dalam pembinaannya. Atap daun rumbia sebagai bumbungnya juga hadiah orang ramai. Sekolah asal tersebut terletak di atas tapak tanah Tuan Haji Noor bin Haji Abdul Rashid di Kampung Parit Samak, Bagan, Batu Pahat. Sekolah tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh kurang lebih tiga bulan.

Pada tahun 1970, atas inisiatif penduduk tempatan, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baru yang terdiri daripada pejabat am/ guru besar, sebuah bilik guru, enam buah bilik darjah, kantin, tandas dan sebuah padang permainan. Pada asalnya, bangunan sekolah ini terdiri dari 2 bilik darjah. Tenaga pengajarnya terdiri dari 2 orang guru. Perasmian bangunan dan kelengkapan baru ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Othman b. Saat, Menteri Besar Johor pada 14 Julai 1977.

SEJARAH SEKOLAH

Pada awalnya, sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Seri Sekawan Desa. Ia termasuk dalam kumpulan Sekolah Rakyat. Nama sekolah ini adalah mengambil sempena dan komitmen penduduk kampong-kampung berhampiran. ‘Sekawan’ dalam bahasa Jawa bermaksud ‘empat’. Perkataan ‘Desa’ pula asalnya dari perkataan ‘Deso’ dari bahasa Jawa. Jadi ‘Sekawan Desa’ membawa maksud penduduk dari empat buah kampung di sini telah bermuafakat, baik dari segi moral, material, masa dan tenaga hingga berjaya membina sekolah tersebut. Atas saranan Nazir Sekolah-sekolah Melayu Batu Pahat iaitu YM Tuan Syed Esa b. Syed Alwi serta persetujuan penduduk-penduduk kampung berkenaan, sekolah ini dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAWAN DESA.

PERKEMBANGAN AWAL

Pada 9 Jun 1948, sekolah ini bermula dengan dua bilik darjah sahaja iaitu Darjah 1A dan Darjah 1B. tiga tahun kemudian, ditambah lagi dua darjah untuk darjah 3 dan darjah 4. murid-murid yang berjaya masuk darjah 5 dihantar ke Sekolah Kebangsaan Bagan.

Permulaannya sekolah ini berukuran 24 x 50 kaki persegi. Sehingga awal tahun 1952 sekolah asal terpaksa menampung lima darjah yang disekat dengan skrin kadbod. Pada 26 Februari 1952, bangunan tambahan berukuran 24 x 30 kaki persegi dibina melalui bantuan kerajaan. Menjelang tahun 1975, bangunannya dipanjangkan lagi bagi menampung 188 murid iaitu sehingga Darjah 6.

Pada 1968, Jabatan Kerja Raya daerah Batu Pahat mengisytiharkan bangunan sekolah ini sudah uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Semua murid dipindahkan ke Balai Raya Sekawan Desa. Tahun 1969, sekolah ini musnah terbakar. Pada tahun 1970, kerajaan meluluskan pembinaan sekolah baru di atas tanah baru yang diwakafkan oleh Tuan Haji Md. Zin b. Haji Noor. Sekolah ini siap sepenuhnya pada tahun 1973 dan perasmian dibuat oleh YAB Tan Sri Dato’ Othman b. Haji Saat DK, PMN, SPMJ, BSI, PIS, Menteri Besar Johor pada 14 Julai 1977 bersamaan 27 Rejab 1397.

Pada tahun 1984, sekolah ini mendapat sebuah bangunan kantin dan pada tahun 1993 mendapat peruntukan RM9990.00 untuk bengkel kemahiran hidup. Tahun 1999 menyaksikan pembinaan ‘musolla’ oleh PIBG sekolah ini dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2001. ia menelan belanja kurang lebih RM20,000.00 melalui derma ahli dan orang ramai.

LENCANA SEKOLAH



Lencana sekolah ini telah dicipta oleh Encik Daing Ali b. Adam, guru SK Seri Sekawan Desa pada tahun 1974. Lencana sekolah ini berbentuk perisai dengan beberapa simbol serta warna pada lencana melambangkan beberapa maksud bagi sekolah.

Obor
- Melambangkan cahaya kepada pengetahuan.

Buku, Jangka lukis dan pensil.
- Melambangkan asas dalam pendidikan iaitu membaca, menulis dan mengira.

Warna Hijau
- Melambangkan Agama Islam.

Warna Kuning
- Melambangkan kesucian dan hormat.

Warna Merah
- Melambangkan keberanian dan kesungguhan yang berterusan untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan.

BENDERA SEKOLAH


Bendera sekolah ini bersaiz 1.5m x 0.9m. Bendera sekolah ini menggunakan lambang sekolah dan berlatar belakangkan warna kuning. Warna ini memberi maksud kesetiaan kepada raja dan Negara.